Tuesday, 19 November 2013

Raining Season

  Its raining again, my fish need shelter. They dont want to get wet.

Thursday, 7 November 2013

kultur mikroworm : 5 balang bersih digunakan sebagai tempat mengkultur mikroworm sebagai persediaan menyambut anak-anak baru.

Ikan makan dalam piring : bloodworm diletakkan dalam piring supaya senang dilihat samada bloodworm sudah habis dimakan atau sebaliknya.

Mata terang : Humairah (princess betta) sedang memerhatikan anak-anak ikan kurang seminggu memakan mikroworm.

Tuesday, 5 November 2013

Diberi bloodworm

Induk betina yang sudah diasingkan akan diberi  bloodworm selama 4 hari supaya jumlah telurnya banyak.

Induk Betina




Dipilih dari tempat pembesar untuk proses pengawanan seterusnya. Biasanya seminggu sekali.

Bloodworm (hidup-hidup)


Sesuai untuk ikan dewasa. Biasanya ikan tak nak yang lain jika dapat yang lain. Oleh itu, selang-selikan dengan pellet.

Hidayat The Youngest

Hensem Betta. Hidayat, sedang periksa status fb (main game)









Friday, 1 November 2013

Aktiviti Hari Ini

Adussss!! Air terlalu kotor dan ini harus disalin segera!!

Pekerja-pekerja siput sedang melakukan kerja dengan memakan microworm bagi menjaga kualiti air.. :D

Ini pula adalah tempat bagi 40 pasang ekor ikan mengawan <3

Tuesday, 29 October 2013

Setting Tempat Pembiakan Beginner Breeder (part two: sambungan)

 Selepas sehari, buih yang dibina ikan jantan sudah banyak. Barulah kita letakkan ikan betina bersama jantan. Pada saya, pasangan ini sudah bersedia untuk mengawan. Kerosakkan pada ikan betina dapat dikurangkan apabila masa pengenalan pasangan dipanjangkan. Gelas biasanya saya tidak keluarkan. Tujuannya adalah : 1. Sebagai tanda ikan belum lagi bertelur. 2. Sebagai tempat ikan betina menyorok andainya ikan jantan agresif.

* BB mestilah bersabar...bersambung lagi..




Monday, 28 October 2013

Setting Tempat Pembiakan (Untuk beginner breeder)

 Gunakan akuarium yang kecil. Pastikan ianya bersih. (tujuan guna akuarium untuk beginner breeder sebab beginner breeder cenderung untuk lihat proses mengawan). Masukkan air brsih yang dimasukkan sedikit garam. Paras airhendaklah tiga/empat inci sahaja. Masukkan ikan jantan terus ke dalam akuarium. Akhirnya masukkan ikan betina berserta dengan gelasnya. Biarkan keadaan ini berterusan sehingga yang jantan mula membuat buih...sabar...bersambung kemudian.



Friday, 25 October 2013

Setting Bekas Ikan

Ambil balang sederhana saiz. Masukkan air anggaran 4/5 saiz balang serta secubit garam. (Tujuan garam-untuk mengelakkan sebarang penyakit). Masukkan ikan kesayangan anda. Jika ikan kesayangan anda dari jenis ekor pendek/plakat kurangkan sedikit air kerana dikhuatiri ianya akan melompat keluar.
1.Balang sederhana saiz.


2.Masukkan batu berwarna.

3.Masukkan air anggaran 4/5 saiz balang.

4.Secubit garam.

5.Ikan kesayangan anda. :)