Ikan laga ialah sejenis ikan yang mendiami kawasan berpaya di Asia Tenggara. Terdapat berbagai jenis spesis, antaranya : Betta Pugnax dan Betta Splendens. Betta Pugnax tidak mempunyai warna yang menarik tetapi Betta Splendens mempunyai berbagai-bagai warna.
Saya ada menjual Betta Splendens dirumah yang diternak sendiri menggunakan baka istimewa di rumah. Ikan-ikan ini dijual pada harga yang berpatutan iaitu dari RM5 dan keatas untuk seekor. Penjagaan ikan ini tidaklah begitu rumit kerana ianya tahan lasak. Apabila ia meningkat matang, ianya perlu diletakkan di dalam bekas-bekas yang berasingan.
Untuk mengenali yang mana satu jantan dan betina juga senang iaitu ikan jantan dikenali melalui ekornya yang agak panjang dan menarik manakala ikan betina yang hanya mempunyai bentuk badan yang pendek dan sedikit gemuk. Warna-warna ikan yang diternak oleh saya juga bercampur. Sebagai contoh : Merah, Biru, Hijau, Hitam, Putih dan bermacam-macam lagi.
Rutin wajib harian saya ialah memberi makan pada selepas waktu subuh, sebelum zuhur dan sebelum asar tapi apabila masa tidak menginzinkan saya akan memberi makan dua kali sehari sahaja. Saya akan memastikan air ikan disalin atau ditambah apabila mutu air jatuh. Contohnya, warna air menjadi sedikit keruh atau terdapat lebihan makanan.
Dalam seminggu saya akan membiakkan beberapa pasang ikan untuk memastikan stok ikan sentiasa ada. Jenis ikan yang saya gemari untuk dibiakkan ialah jenis Halfmoon. Ini adalah kerana ikan ini agak cantik dan menarik. Saya akan menyiapkan tempat pembiakan 3 hari sebelum pembiakan ikan dijalankan bagi memastikan airnya cukup sesuai. Kebiasaannya, 50 pasang ikan akan dibiakan seminggu. Sekurang-kurangnya 90% ikan akan berjaya menghasilkan telur.
Saya akan memaparkan cara pembiakan yang lebih terperinci diperingkat yang seterusnya. :)